Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum kemalangan di Kilometer 11.1 Lebuhraya Iskandar Sultan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 5.45 pagi ketika mangsa menunggang sendirian.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Yamaha Y16ZR yang ditunggang mangsa berusia 25 tahun datang dari Taman Bukit Indah menuju ke Johor Bahru.

“Apabila sampai ke lokasi motosikal mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang besi di sebelah kanan jalan,” katanya dalam kenyataan.

Akibat kemalangan tersebut katanya, mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 menyebabkan kematian kerana dengan melulu atau berbahaya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan agar menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Zulhisyam Aziz  019-7432966.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast