Datuk Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin. Foto ihsan laman Facebook Pejabat SUK Selangor.

KUALA LUMPUR – Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Datuk Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang baharu, berkuat kuasa esok.

Pelantikan beliau diumumkan menerusi kenyataan ringkas Pejabat SUK Negeri Selangor menerusi akaun Facebook rasminya, malam tadi.

Ahmad Fadzli menggantikan Datuk Haris Kasim yang menamatkan perkhidmatannya pada 31 Januari lalu.

“Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin diatas perlantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu,” kata laman rasmi itu.

Beliau menerima ucapan tahniah daripada penjawat awam negeri Selangor yang disampaikan menerusi akaun Facebook tersebut.

Sebelum menyandang jawatan baharu itu, Ahmad Fadzli pernah bertugas di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sebagai ketua Kluster Pembangunan Pengurusan dan Inovasi.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (kini Majlis Bandaraya Diraja Klang) pada April 2020 sebelum dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri pada Disember 2021. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast