Nadzim bersama ahli-ahli Jawatankuasa Baertindak Ops BAH yang bermesyuarat di Kementerian Wilayah Persekutuan di Putrajaya hari ini.
Nadzim bersama ahli-ahli Jawatankuasa Baertindak Ops BAH yang bermesyuarat di Kementerian Wilayah Persekutuan di Putrajaya hari ini.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan menggubal akta yang berkaitan dengan pusat hiburan bagi mengelakkan premis tersebut disalahgunakan.

Ketua Aktivisnya Datul Nadzim Johan berkata, wujudnya keloggaran dalam Akta Hiburan Wilayah Persekutuan (AHWP) 1992 mengakibatkan premis pusat hiburan dijadikan

Perkara itu tambahnya, mengakibatkan kekangan kepada agensi-agensi penguatkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pusat-pusat hiburan besar.

“PPIM dan NGO-NGO lain yang menjayakan Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) dengan pasukan khas Kementerian Wilayah Persekutuan berpendapat sudah tiba masanya semua akta dan undang-undang kecil berkaitan pusat-pusat hiburan ini dikaji semula.

“Ini perlu dilakukan bagi memberikan agensi-agensi penguatkuasa mengekang premis-premis dijadikan pusat aktiviti haram; tidak sihat dan jenayah oleh golongan tertentu,” katanya dipetik sebagai berkata selepas mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Ops BAH di Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Selain PPIM, Jawatankuasa Bertindak Ops BAH tersebut turut dianggotai oleh Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid); Persatuan Mixed Martial Arts Malaysia; Persatuan Perniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Malaysia Coruption Watch dan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia.

Mesyuarat berkenaan turut membincangkan rancangan usaha proaktif menyelesaikan dan mengekang gejala sosial di dalam negara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast