Enam individu termasuk dua kanak-kanak berdepan detik cemas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut di Kilometer 24, Kampung Air Panas, Jalan Kolam Air Panas, Bemban, Jasin malam tadi.

JASIN – Enam individu termasuk dua kanak-kanak berdepan detik cemas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut di Kilometer 24, Kampung Air Panas, Jalan Kolam Air Panas, Bemban di sini, malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.46 malam.

“Setibanya sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari dengan bantuan BBP Jasin ditempat kejadian, didapati sebuah pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta.

“Kesemua mangsa, empat dewasa dan dua kanak-kanak bagaimanapun berjaya dikeluarkan orang awam dan berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika kenderaan berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah dan sedang memasuki simpang menghala ke kediaman sebelum pokok berkenaan tumbang menghempap kenderaan.

“Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pemotongan pokok serta pembersihan di lokasi sebelum operasi tamat pada jam 11.01 malam.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dan tiada masalah berlaku sepanjang operasi,” katanya.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khalid Aris dengan kekuatan lima anggota menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here