Najib Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan penghargaan kepada semua pengundi dan petugas pilihan raya yang menunaikan tangggungjawab masing-masing pada pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini.

Beliau juga membuat ucapan yang sama kepada penguatkuasa keselamatan yang bertugas bagi memastikan proses pengundian PRU dijalankan dengan aman.

“Terima kasih kepada semua pengundi yang turun menunaikan tanggungjawab, petugas pilihan raya yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab dan penguat kuasa keselamatan yang memastikan proses (pengundian) berlangsung dalam keadaan aman,” kata Najib menerusi Twitter beliau.

PRU tahun ini melibatkan sejumlah 14.9 juta pemilih berdaftar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast