Donald Trump menyifatkan perjanjian nuklear Iran yang disertai Amerika Syarikat sebelum ini, teruk. - foto dailymail
Donald Trump. foto Agensi

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

Rumah Putih dalam kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada Khamis, berkata Trump juga mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia atas penyertaan mereka dalam kempen pilihan raya yang sengit dan aman.

“Amerika Syarikat berharap dapat terus bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam memperkukuhkan hubungan menyeluruh antara Amerika Syarikat dan Malaysia serta menangani cabaran antarabangsa dan serantau,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut hubungan Washington-Kuala Lumpur sudah sekian lama terjalin antara rakyat dan rakyat yang berkongsi nilai-nilai demokrasi dan hubungan komersial.

Dr Mahathir mencipta sejarah pada Khamis, apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua pada usia 92 tahun.

Pelantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, susulan kemenangan bersejarah Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14, Rabu lepas.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast