Gelagat Devamalar Arumugam hadir memakai sari yang diperbuat dari bendera Pakatan Harapan bagi menyatakan sokongan kepada pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 15 MEI 2018
Gelagat Devamalar Arumugam hadir memakai sari yang diperbuat dari bendera Pakatan Harapan bagi menyatakan sokongan kepada pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 15 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Dalam ramai-ramai pemimpin politik dan penyokong PKR yang datang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ada individu yang mencuri perhatian media di sini hari ini.

Beliau ialah Devamalar Arumugam, 45, yang hadir dengan memakai sari bendera PKR sepanjang enam meter.

Devamalar merupakan seorang artis seni pentas itu berpakaian sedemikian kerana mahu meraikan pembebasan Ketua Umum PKR itu dengan cara istimewa.

“Sari merupakan identiti kebudayaan India dan oleh kerana kita sedang menikmati peralihan kuasa dan pembentukan kerajaan baharu, saya membuat keputusan untuk tampil dengan pakaian tradisional ini.

“Lebih-lebih lagi, mengenakan bendera PKR yang saya sokong sejak tahun 1998 lagi sebagai sari demi menyambut pemimpin kami Anwar. Ini satu saat yang menggembirakan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Devamalar berkecimpung dalam bidang seni pentas dan lakonan lebih 30 tahun dan terbaharu memenangi anugerah pelakon terbaik filem Pendek dalam Anugerah Perfileman Nasional.

Ibu kepada empat beranak yang berasal dari Puchong bekerja di sebuah kilang elektronik di Shah Alam telah mengambil cuti dan menunggu di pekarangan hospital sejak 8 pagi lagi.

“Saya dimaklumkan Anwar akan dibebaskan selepas 5 petang ini tetapi baru sebentar tadi mendapat tahu beliau akan dibebaskan esok.

“Saya sedang memikirkan untuk mengambil cuti lagi untuk menyambut Anwar esok dengan pakaian sari ‘bendera PKR’ ini atau tidak,” ujar beliau.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast