KUANTAN – Isu pencerobohan tanah kerajaan serta hutan simpan kekal di Pahang kini menjadi keprihatinan pihak pembangkang dan pihaknya mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan pelaksanaan audit forensik bagi menyiasat perkara berkenaan.
Ketua Pembangkang Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemantauan yang dilakukan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan kerajaan negeri sahaja tidak mencukupi.
Sebaliknya beliau berharap langkah lebih telus dan tegas perlu diambil bagi mendepani isu pencerobohan yang kian meruncing tetapi tidak berkesudahan.

“Walaupun MB Pahang sebelum ini telah turun padang melakukan tinjauan udara ke kawasan yang diceroboh namun langkah lebih telus dan bebas amat diperlukan.
“RCI ini satu badan bebas yang menyiasat daripada punca awal bagaimana ia berlaku sehingga ribuan ekar tanah tidak dikuasai selama lebih 40 tahun dan kita ucap terima kasih kepada tindakan yang dibuat sekarang.
“Tapi RCI ini perlu untuk diwujudkan di samping audit forensik yang lebih lengkap untuk kita mengetahui sebenarnya berapa keluasan tanah kerajaan,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka itu berkata demikian demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Selain itu penubuhan organisasi itu perlu mengetahui jumlah tanah hutan simpan kekal yang ada perlu dinilai balik, kata Tuan Ibrahim. – MalaysiaGazette

















Bagus cadangan tuan Ibrahim ni, rakyat nak tengok cerita sebenar setelah puluhan tahun, siapa yang songlap hasil kayu balak yang luas tu, duit cukai hasil durian tu kemana? Apakah orang politik juga berada dibelakang penceroboh sehingga nak bahas mengenai perkara tersebut juga dilarang?
Bayangkan kalau kes tersebut berlanjutan2 sehingga bertahun2 sehingga kemahkamah persekutuan? Bertahun2 juga ke tak boleh nak bahas?
Tengok kualiti adun kerajaan berhujah dalam youtube, memang low class punya hujahan. Nak hujah isu pencerobohan pun tak boleh, berpusing2, ni peguam ape bende macam tu?
Tak hiranlah tanah Pahang boleh diceroboh sehingga dikatakan seluas Singapura?
Harap Sultan Pahang nilai semula kualiti adun2 kerajaan tersebut dan boleh menilai sendiri siapa yang menderhakai titah tuanku?