Wong Chen.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menerima dengan terbuka kekalahannya mempertahankan jawatan sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi sesi 2025-2028.

Menurutnya kekalahan tersebut sudah dijangkanya kerana berkempen hanya sedikit kali ini.

Malah beliau gembira ‘karam’ bersama kem pilihannya.

“Saya telah kehilangan kerusi MPP saya. Sejujurnya, perkara itu sudah dijangka memandangkan saya berkempen sedikit sahaja.

“Bagaimanapun, terima kasih kepada penyokong mengundi saya. Saya gembira karam bersama kem pilihan saya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Keputusan Pemilihan PKR 2025 menyaksikan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR kepada Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah memperoleh 9,803 undi manakala Rafizi hanya meraih 3,866 undi, sekali gus menang dengan majoriti besar iaitu 72 peratus undi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast