Kris Jennar.

LONDON – Ibu bintang realiti dan usahawan popular, Kim Kardashian mencuri perhatian netizen menerusi penampilan raut wajah yang kekal muda dan cantik ketika bakal mencecah usia pada 70 tahun.

Kris Jennar akan menyambung ulang tahunnya itu pada November di sebalik gaya dan fizikal seperti wanita berusia 40-an.

Difahamkan, dia sering mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat apabila melakukan aktiviti olahraga dan senaman untuk kekal sihat dan muda.

Sebelum ini, Kardashian pernah bergurau dia sanggup makan najis jika ia mampu memberikan kesan awet muda.

Sementara itu, bintang realiti akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang selepas enam tahun bertungkus-lumus.

Menurut Kim, 44, dia tidak menamatkan pengajian tersebut di kolej mahupun universiti sebaliknya menggunakan program perantis California melalui sebuah syarikat guaman di San Francisco, Amerika Syarikat.

Dia kini selangkah untuk bergelar peguam sebenar kerana sedang menghadapi peperiksaan yang melayakkannya menjadi pengamal undang-undang di sana. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast