MELAKA – Jenazah Iecah Junus, 34, wanita yang mati disyaki dikelar suaminya petang Isnin lalu sudah  dituntut ahli keluarganya di Unit Perubatan Forensik Hospital Melaka petang ini.

Abang sulung mangsa yang berada di jabatan itu sejak tengah hari tadi dilihat beredar bersama van jenazah pada jam 5.20 petang.

Terdahulu, jenazah dimandi, dikafan dan disembahyangkan di hospital berkenaan sebelum dibawa pulang ke rumah keluarganya.

Jenazah dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong, Tangkak berhampiran rumah keluarganya malam ini.

Jenazah Iecah Junus, 34, wanita yang mati disyaki dikelar suaminya petang Isnin lalu sudah  dituntut ahli keluarganya di Unit Perubatan Forensik Hospital Melaka petang ini.

 

Semalam, media melaporkan seorang wanita berusia 30-an mati dipercayai dikelar suaminya di rumah mereka Isnin lalu, namun kejadian tragis itu hanya terbongkar pagi semalam.

Dalam kejadian tersebut, suspek yang berusia 30-an juga cuba membakar rumah ibu mentuanya yang terletak kira-kira 40 kilometer dari kediamannya.

Tindakan suspek itu bagaimanapun tidak berjaya dan hanya sempat membakar beberapa kenderaan yang berada di bahagian luar rumah.

Suspek berjaya diberkas polis selepas pulang ke kediamannya di Bukit Gambir kira-kira pukul 7 pagi semalam.

Majistret Lee Kim Keat hari ini membenarkan suspek direman selama tujuh hari sehingga 10 Jun ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 Kanun sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast