Tular kejadian seorang lelaki memecah masuk dan berjalan atas bumbung sebuah asrama di asrama di Yap Tau Sah, Kluang semalam.

KLUANG – Tular seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental memecah masuk dan berjalan atas bumbung sebuah asrama di Kampung Yap Tau Sah, di sini, kelmarin.

Insiden tersebut mengejutkan penduduk setempat apabila lelaki berkenaan yang tidak berbaju berjalan atas bumbung sebelum menghubungi pihak polis untuk bantuan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian tersebut dilaporkan seorang lelaki tempatan pada pukul 4.20 pagi semalam.

“Susulan itu anggota cawangan peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menahan seorang lelaki tempatan di Jalan Sekolah Chong Hwa, di sini, pukul 8 pagi pada hari yang sama.

“Suspek itu berusia 26 tahun dan semakan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing mendapati negatif dadah,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 14 tahun denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kluang 07-7784222, 07-7784256(direct line), 07-7766822 (hotline) dan 014-3656822 (tablet DCC).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast