Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din bercakap pada sidang media selepas hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Sayap-Sayap UMNO Selangor 2025 di Pusat Konvesyen Ideal, Shah Alam, Selangor. Foto SADIQ SANI, 10 JUN 2025

SHAH ALAM – Badan Perhubungan UMNO Selangor sedia berunding dengan Pakatan Harapan (PH) dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), termasuk kerjasama politik dan pembahagian kerusi di negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, perkara itu hanya akan dibincang bersama Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum penggal ke-15 Parlimen berakhir.

“Saya di Badan Perhubungan UMNO Selangor akan berbincang dengan Datuk Seri Amirudin, kita akan lihat established by, bila PRU baru berbincang,” katanya kepada pemberita, di sini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Sayap-Sayap UMNO Selangor 2025 di Pusat Konvesyen Ideal, Shah Alam, Selangor. Foto SADIQ SANI, 10 JUN 2025

Terdahulu beliau hadir pada majlis Perasmian Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Megat Zulkarnain berkata, setakat ini UMNO Selangor masih konsisten dengan pendirian presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memastikan Kerajaan Perpaduan kekal sehingga PRU16.

“Itu yang selalu disebut oleh Presiden UMNO supaya perpaduan tidak digugat.

“Sehingga menuju ke tarikh itu (PRU16), UMNO Selangor mesti ada persediaan yang rapi dan sebab itu kita lakukan sekarang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast