BENTONG – Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berhubung kes cubaan menculik kanak-kanak di Genting Highlands, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya memohon individu berkaitan yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu pihak polis membuka kertas siasatan.
”Pada 9 Jun lalu sebuah tular sebuah video di sebuah laman sosial mengenai dakwaan berlakunya kejadian cubaan menculik kanak-kanak di Genting Highlands.
”Namun, setakat semalam pihak polis mendapati tiada sebarang laporan polis
diterima mengenai insiden tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Susulan itu pihak polis memohon pemilik akaun tik tok ‘@awiegerbangmalam’ tampil ke ibu pejabat Polis Daerah Bentong untuk bantu pihak polis menjalankan siasatan ke atas insiden tersebut.
Zaiham turut memohon kerjasama mana-mana pihak yang mengalami kejadian seperti ini hadir ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis terlebih dahulu. – MalaysiaGazette
















