Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Berjaya memperoleh lucuthak wang berjumlah USD954, 299.58 dalam akaun BSI Switzerland yang mempunyai kaitan dengan penyelewngan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM dalam kenyataan berkata, kebenaran lucuthak itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Muniandy Kannyappan selepas Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan bahawa tiada bantahan serta tuntuan dibuat oleh mana-mana pihak dalam prosiding di Mahkamah Jenayah 2, Kuala Lumpur hari ini.

Menerusi penghakimannya, Muniandy membenarkan wang dalam akaun perbankan atas nama Derivale Limited milik Azlin Alias selaku pemegang benifisiari dilucutkan kepada kerajaan Malaysia menerusi SPRM.

Lucuthak bagi wang berkenaan di bawah Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan merupakan kejayaan pertama SPRM melucuthak asset luar negara tanpa melibatkan pendakwaan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast