Laporan polis oleh mangsa tular sejak semalam di media sosial.

KUANTAN – Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian seorang peniaga mendakwa dirinya telah dicederakan oleh individu yang dikatakan seorang kerabat di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima satu laporan berkaitan pergaduhan dua individu berkenaan pada 5 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

 

”Laporan kejadian tersebut berlaku di sebuah premis hiburan yang terkenal di bandar Kuantan.

“Polis mengesahkan ada menerima laporan daripada lelaki yang berusia dalam lingkungan 30 tahun yang mendakwa dirinya telah dicederakan individu yang merupakan kerabat diraja awal bulan lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Keratan laporan polis yang dibuat oleh mangsa tular di laman sosial Facebook sejak semalam.

MalaysiaGazette cuba menghubungi mangsa namun gagal mendapat sebarang reaksi daripada lelaki itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast