NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Israel dan Iran agar segera menghentikan semua bentuk serangan ketenteraan susulan peningkatan ketegangan antara kedua-dua negara.
“Masa untuk hentikan semua ini. Keamanan dan diplomasi mesti diutamakan,” tulis Guterres dalam satu hantaran di platform X sebentar tadi.
Gesaan itu hadir selepas siri serangan balas antara kedua-dua negara minggu ini, apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah Iran sebagai tindak balas terhadap peluru berpandu dan dron yang dilancarkan Tehran ke arah Tel Aviv. -MalaysiaGazette
















