Gambar hiasan.

SIBU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira lima tahun maut dipercayai dikelar dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Rantau Panjang Jaya di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata seorang suspek lelaki berusia lewat 40-an yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut termasuk punca kejadian.

“Setakat ini, pihak kami telah menjalankan siasatan awal di lokasi kejadian,” katanya ringkas kepada pemberita.

Mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Sibu sebelum disahkan meninggal dunia. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here