Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan yang berpanjangan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Mendoakan kesihatan yang berterusan buat Ustaz Haji Hadi, Insya-Allah,” tulisnya di laman X hari ini.

Semalam, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Beliau sebelum ini pernah menerima rawatan susulan di IJN dengan kali terakhir dilapor menjalani rawatan berkaitan pada 5 Januari tahun lalu.

Beliau sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali, termasuk pada 2014 dan 2021 kerana sesak nafas dan pada 2023 kerana mengalami demam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast