KUANTAN- Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta serta seluruh ahli keluarga di atas pemergian ibu mentuanya, malam kelmarin.
Ibu mentua kepada Ahli Parlimen Larut itu, Allahyarham Datin Hajah Salmiah Nyak Matt, 84, maut dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Sungai Rapat Tambahan di Ipoh.
Baginda berdua bersama seluruh ahli keluarga mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
“Semoga juga Allah SWT mengurniakan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan dan sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayangNya,” titahnya.
Baginda bertitah demikian menerusi kenyataan Facebook Kesultanan Pahang hari ini. – MalaysiaGazette
















