KUALA LUMPUR – Penyebaran infografik yang mengaitkan Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dengan sebuah parti politik sebagai fitnah disifatkan sebagai fitnah tidak wajar sama sekali.
Meluahkan rasa kesal, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, secara peribadi mengakui dia terkejut dengan penerbitan infografik berkenaan oleh sebuah akhbar tempatan dengan memaparkan maklumat tidak tepat termasuk dakwaan Mohd Khalid pernah terlibat dalam aktiviti politik.
“Infografik itu sangat tidak betul kerana saya tidak pernah melihat Datuk Seri Khalid hadir dalam mana-mana acara, mesyuarat, konvensyen atau kongres parti. Itu satu fitnah yang bagi saya sangat buruk,” katanya hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Kita Madani Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di IWK Eco Park, Lembah Pantai di sini hari ini.
Infografik yang tular itu memaparkan latar belakang Mohd Khalid dan menimbulkan kekeliruan berhubung penglibatannya dalam politik.
Namun, Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh semalam mengesahkan Mohd Khalid tidak pernah menjadi ahli PKR atau memegang sebarang jawatan dalam parti itu.
Akhbar berkenaan juga telah tampil memohon secara terbuka di laman sosial mereka dan menjelaskan maklumat tersebut dimasukkan secara tidak sengaja. -MalaysiaGazette
















