CYBERJAYA – Seorang pelajar wanita sebuah universiti swasta di Cyberjaya ditemui mati dalam keadaan mencurigakan di bilik asramanya pagi semalam, dalam kejadian yang kini disiasat sebagai kes bunuh.
Difahamkan mangsa berusia 20 tahun, berasal dari Kuching, Sarawak itu merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi.
Mengikut laporan media, mangsa tinggal bersendirian di bilik asrama berkenaan selepas lima rakan sebiliknya pulang bercuti sejak 21 Jun lalu manakala mangsa dikatakan berada di asrama kerana bakal menduduki peperiksaan dalam tempoh terdekat.
Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10 pagi oleh seorang rakan yang datang melawat sebelum menghubungi polis.
Pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan fizikal pada badan mangsa, termasuk kecederaan ketara di bahagian kepala.
Beberapa barangan peribadi mangsa seperti komputer riba, dua kad ATM, sejumlah wang tunai dan telefon bimbit.
Siasatan juga mendapati sistem keselamatan di bangunan asrama berkenaan lemah apabila tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di koridor tingkat asrama tersebut, manakala CCTV di lif utama pula didapati tidak berfungsi.
Insiden tragis ini mencetuskan kegemparan di media sosial apabila rakan-rakan dan warga kampus mula meluahkan kesedihan serta menuntut keadilan atas kematian mangsa selain ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa turut tular sejak semalam.
MalaysiaGazette yang menerima gambar mangsa difahamkan upacara pengebumian dijangka berlangsung tengah hari ini di Shamshan Boomi, Jalan Loke Yew di sini sekitar jam 12.30 tengah hari namun belum disahkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang ketika dihubungi memaklumkan siasatan sedang dijalankan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. -MalaysiaGazette

















Tulis pakai chatGPT la lain kali. Ayat tergantung psl barang2 mendiang. Apa yg nak disampaikan ntah la