Video tular yang memaparkan kekecohan di luar sebuah kelab malam di ibu negara.

KUALA LUMPUR – Perselisihan faham dipercayai menjadi punca pergaduhan besar sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kelab malam di Esperance Pudu ,di sini hingga tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asistent Komisioner Annas Sulaiman berkata, seramai lima lelaki tempatan berusia antara 19 hingga 30 tahun ditahan selepas disyaki terlibat secara langsung dalam kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati, pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham antara beberapa individu yang kemudiannya berlarutan hingga mencetuskan pergaduhan besar di luar kelab itu.

“Susulan kejadian tular itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Semakan lanjut mendapati, kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan jenayah kekerasan dan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kesemua suspek telah direman empat hari bermula semalam sehingga 4 September bagi membantu siasatan dan polis juga sedanag giat mengesan suspek yang bebas.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor V. Jeychandran di talian 03-9289 9222 / 010-214 6297, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Terdahulu, tular video berdurasi 38 saat memaparkan sebuah kereta dipandu laju cuba melanggar sekumpulan lelaki hingga mencetuskan kekecohan antara satu sama lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here