Beginilah keadaan kedua-dua buah kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan di di kilometer 205.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hala Timur, dekat Kuantan, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditungangi hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta jenis Perodua Bezza dalam kejadian di kilometer 205.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hala Timur, dekat Kuantan, hari ini.

Jurucakap Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, mangsa Muhammad Ainul Fathi Mohamad Fauzi yang berlamat akhir di Jalan Segambut Luar, Kuala Lumpur di sini meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan, mangsa yang merupakan peniaga berusia 20an di dapati tidak memiliki  lesen memandu.

“Bagaimanapun, kejadian yang berlaku pada pukul 6.15 pagi itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan serius terhadap pemandu kereta Perodua Bezza dan penumpangnya,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, kereta Produa Bezza yang dipandu seorang wanita dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke arah Kuantan.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal yang sedang bergerak lurus di lorong kanan tiba-tiba dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke arah kereta berkenaan dari arah belakang.

Akibat daripada perkara itu, penunggang motosikal tidak sempat mengelak dan berlaku pelanggaran dengan di lorong kanan.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast