Timbalan Perdana Menter yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadilah Yusof foto FB Fadillah Yusof melawat Pavilion ATOM di VDNKh, Moscow. foto FB Fadillah Yusof

MOSCOW – MyPOWER Corporation Malaysia hari ini menandatangani perjanjian tanpa pendedahan (NDA) dengan Rosatom Energy Projects dari Rusia untuk perkongsian pengetahuan dari segi pembangunan tenaga nuklear.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof berkata NDA antara MyPOWER dan Rosatom merupakan langkah penting dalam membolehkan penilaian terperinci teknologi seperti Loji Tenaga Nuklear Terapung (FNPP).

“MyPOWER telah diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk meneruskan libat urus dengan Rosatom untuk meneroka lebih banyak kerjasama,” katanya semasa pertemuan dengan Ketua Pengarah Rosatom Alexey Likhachev untuk membincangkan kerjasama dua hala dalam tenaga nuklear di sini hari ini.

NDA itu ditandatangani oleh pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MyPOWER Devendra Thambirajah dan Ketua Pengarah Rosatom Energy Projects Andrey Rozhdestvin.

MyPOWER adalah sebuah agensi tujuan khas di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata Malaysia sedang giat bersedia untuk meneruskan potensi penggunaan FNPP dan bersedia untuk mengadakan rundingan selanjutnya bagi mengukuhkan kerjasama.

“Ini mungkin termasuk menandatangani memorandum persefahaman atau perjanjian antara kerajaan, tertakluk kepada kelulusan diperlukan daripada kedua-dua kerajaan dalam masa terdekat,” katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast