Logo Polis Diraja Malaysia

BAYAN LEPAS – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika mencari durian di sebuah kebun di Sungai Ara di sini semalam telah ditemui dalam keadaan selamat.

Mangsa, Daud Din, 65, ditemui orang awam berdekatan pondok pengawal di Taman Desaria Sri Merpati.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Mohamad Hirman Mat Rodzi, mangsa dikatakan berjaya menuruni kawasan bukit secara bersendirian sebelum ditemui pukul 11.55 malam.

“Dengan penemuan ini, operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan sejak petang semalam telah dihentikan sepenuhnya jam 12.15 tengah malam tadi,” katanya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Warga emas hilang ketika cari buah di kebun durian Sungai Ara

Media semalam melaporkan lelaki berusia 65 tahun yang dikenali sebagai Daud, dilaporkan hilang selepas tidak pulang daripada aktiviti mencari buah durian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerima panggilan bantuan mencari mangsa pada jam 6.04 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast