KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan bernama Nur Aliesya Haziera Mohd Saharudin dilapor tidak pulang ke rumah selepas meninggalkan kediamannya di Puncak Alam pada jam 6.15 petang pada 10 Mei lalu.
Bagaimanapun, kehilangan remaja itu baru sahaja dilaporkan kepada polis pada jamĀ 1.07 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh berkata, Supritendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, remaja berusia 13 tahun itu memiliki ketinggian 156 sentimeter dan berat 42 kilogram.
Dia berbadan kurus tinggi, rambut hitam paras bahu serta muka bujur.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja ini diminta menghubungi Sarjan Mohd Nizam Talib di talian 012-6550262. – MalaysiaGazette
















