remaja perempuan warga China, dikenali sebagai Ji Taoye dilaporkan hilang dari kediamannya di Seri Kembangan, Selangor sejak semalam.

KUALA LUMPUR  – Seorang remaja perempuan warga China, dikenali sebagai Ji Taoye, dilaporkan hilang dari kediamannya di Seri Kembangan, Selangor sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhammad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja berusia 14 tahun itu jam 9.26 malam.

“Lokasi terakhir remaja itu dikesan di Astetika Residence, Mines Wellness City dan dipercayai keluar rumah sekitar jam 7 malam semalam serta tidak pulang sehingga kini.

“Remaja itu yang berkulit cerah itu mempunyai ketinggian 150 sentimeter dan berat badan 45 kilogram, memakai baju t-shirt warna putih dan berseluar panjang biru cair,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil ke mana-mana balai berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Siti Nur Qurratu’aini Abu Hassan di talian 017-8313834. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast