KUALA LUMPUR – Parti Gerakan menyatakan komitmen untuk menyertai himpunan Turun Anwar yang dianjurkan Pas di sekitar ibu negara, Sabtu ini.
Setiausaha Agungnya, Wong Chia Zhen berkata, parti itu tidak mahu hanya sekadar menjadi penonton atau berdiam diri ketika kerajaan didakwa berbuat sesuatu yang bercanggah dengan prinsip.
Malah, katanya, Gerakan juga perlu bangkit ketika mendapati rakyat sedang dikhianati.
“Ini bukan soal parti. Bukan soal ideologi. Ini soal integriti. Soal jangan biar kuasa dipergunakan untuk kepentingan sendiri.
“Sebab tu, pada 26 Julai, kita turun bersama dalam Himpunan Turun Anwar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Chia Zen, keputusan Gerakan menyertai himpunan itu juga bukan didorong oleh perasaan benci, sebaliknya kerana parti itu masih peduli dengan isu-isu yang membelenggu rakyat.
“Kita boleh beza antara cakap yang sedap didengar… dengan dasar yang sakit hati. Kerajaan hari ini suka berselindung di sebalik slogan – reformasi, keadilan, perpaduan.
“Tapi bila tiba masa buat keputusan, semuanya menyebelahi kuasa, bukan rakyat,” katanya.
Tambah beliau, Gerakan tidak mahu negara dipimpin kerajaan yang hanya pandai bercakap, tetapi berdiam diri ketika rakyat terhimpit.
Malah, katanya, Gerakan juga tidak akan membiarkan ada keputusan besar dibuat atas nama rakyat, sedangkan rakyat langsung tidak diberi ruang untuk bersuara.
“Kalau kita tak bersuara sekarang, bila lagi?
“Jumpa anda 26 Julai. Kita tunjukkan rakyat tak diam. Rakyat masih bangkit,” katanya.
Sebelum ini, Pas merancang mengadakan himpunan Turun Anwar Sabtu ini di sekitar ibu negara, bagi menyuarakan bantahan terhadap pelbagai isu yang membelenggu kerajaan ketika ini dengan sasaran disertai lebih 50,000 orang. – MalaysiaGazette

















aku pun tak faham lah dengan sebahagian manusia hari ini. . Apa kekurangan kerajaan madani sekarang? . rakyat hidup mewah . perniagaan laris . projek berjalan lancar . tak ada rakyat mati kebuluran . tapi ada juga manusia yang masih bermimpi hidup sengsara . menghasut rakyat dengan propaganda . fitnah dan kebohongan .
semoga rakyat buka mata lah tengok diri sendiri ada kamu kelaparan sekarang . jangan ikut manusia gila kuasa sedangkan nak tadbir rumah sendiri pun huru Hara . apa lagi nak tadbir negara .