Pasukan bomba mengangkat mangsa ke ambulans untuk dirawat di hospital. Foto JBPM

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera selepas terjatuh ke dalam belukar ketika melakukan aktiviti luncur udara (paragliding) di Ranau, Sabah, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba Rantey Fred, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.59 tengah hari sebelum menghantar sepasukan tujuh anggota ke lokasi.

Katanya, mangsa yang berusia 30 tahun dipercayai gagal mengawal arah luncuran lalu terjatuh di kawasan belukar tidak jauh dari lokasi pelepasan.

“Sebaik tiba, didapati mangsa sudah keluar dari kawasan belukar dan diberikan rawatan awal oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, operasi ditamatkan sepenuhnya jam 1.31 tengah hari. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast