Satu deretan 14 kedai papan berusia hampir 100 tahun membabitkan kedai pakaian, makanan, runcit, motosikal dan lapan kedai kosong di Pekan Simpang Bekoh, Jasin musnah dalam kebakaran petang tadi.

JASIN – Satu deretan 14 kedai papan berusia hampir 100 tahun membabitkan kedai pakaian, makanan, runcit, motosikal dan lapan kedai kosong di Pekan Simpang Bekoh, di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid, berkata, kejadian kira-kira jam 4.57 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan nyawa.

“Sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin dan Jasin Bestari dikejarkan ke lokasi
diketuai Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II, Saiful Nazri Mohd Nor sebaik menerima maklumat pada jam 4.57 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Satu deretan 14 kedai papan berusia hampir 100 tahun membabitkan kedai pakaian, makanan, runcit, motosikal dan lapan kedai kosong di Pekan Simpang Bekoh, Jasin musnah dalam kebakaran petang tadi.

Sementara itu Saiful berkata, setibanya di lokasi didapati struktur bangunan kayu itu melibatkan 14 buah kedai antaranya kedai motosikal manakala lapan lagi kedai kosong sudah 90 peratus terbakar dengan keluasan 40 x 150 kaki persegi.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan empat aliran hos masing-masing dua dari jentera BBP Jasin dan BBP Jasin Bestari.

“Kerja-kerja overhaul turut dibantu lori tangki air dari BBP Ayer Keroh dan BBP Bukit Gambir,” katanya.

Tambahya, operasi pemadaman berdepan kesukaran kerana tekanan air yang rendah dan masih berjalan setakat jam 7 malam tadi.

“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast