Menerusi video dimuat naik dalam Instagram (IG), Aliff berkongsi keterujaan bersama isteri dan anaknya menaiki jet peribadi berwarna hitam itu.

KUALA LUMPUR – Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman didakwa hanya membuat gimik pemasaran mengenai pembelian jet peribadi yang hangat diperkatakan netizen sejak beberapa hari lalu.

Ini kerana tular di media sosial apabila netizen mendakwa jet peribadi yang sama itu pernah digunakan oleh individu lain untuk sesi penggambaran.

Sebelum ini menerusi video dimuat naik dalam Instagram (IG), Aliff berkongsi keterujaan bersama isteri dan anaknya menaiki jet peribadi berwarna hitam itu.

Dia dilaporkan mendakwa memiliki jet peribadi hasil titik peluh menjual jeruk mangga bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.

Namun Aliff yang membangunkan empayar perniagaan kosmetik dan produk kesihatan, D’Herbs memberitahu, buat masa ini, beliau belum boleh berkongsi mengenai pembelian jet peribadi yang dianggar berjuta-juta ringgit kerana membabitkan banyak pihak selain pelbagai kesan sampingan andai penjelasan dibuat sekarang.

“Sebenarnya, kalau hendak beritahu, nanti orang kata riak selain cukai kejar. Tetapi, kalau hendak tahu mengenai jet peribadi itu, Jumaat ini saya umumkan. Sekarang saya tidak mahu cerita lebih lanjut, doakan yang baik-baik sahaja.

“Kenapa Jumaat? Sebab ini membabitkan ramai orang. Nilai (jet peribadi) pun jutaan ringgit. Jadi, kita tunggu Jumaat. Saya harap rakyat Malaysia doakan yang terbaik,” katanya kepada media semalam. – MalaysiaGazette

Tular di media sosial jet peribadi yang sama menawarkan perkhidmatan sewa untuk sesi penggambaran.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast