KUALA LUMPUR – Tiada warganegara Malaysia yang terlibat nahas tragik melibatkan Penerbangan Angara 2G2311 dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Ignatyevo ke Lapangan Terbang Tynda di Wilayah Amur, Timur Jauh Rusia semalam.
Pengesahan itu dibuat oleh Kedutaan Besar Malaysia di Moscow.
Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, Malaysia bersolidariti bersama Kerajaan dan rakyat Persekutuan Rusia dalam menghadapi saat dukacita ini. Malaysia merakamkan simpati dan ucapan takziah setulusnya kepada keluarga mangsa serta semua yang terkesan oleh tragedi ini.
Pesawat tersebut dilaporkan terhempas semasa percubaan mendarat di Tynda, menyebabkan kematian semua 48 nyawa, yang merangkumi 42
penumpang dan enam anak kapal.
“Malaysia bersolidariti bersama Kerajaan dan rakyat Persekutuan Rusia dalam menghadapi saat dukacita ini. Malaysia merakamkan simpati dan ucapan takziah setulusnya kepada keluarga mangsa serta semua yang terkesan oleh tragedi ini. – MalaysiaGazette
















