Seorang pemandu lori cedera parah manakala sembilan penumpang bas ekspres terselamat selepas bas dinaiki merempuh dua buah lori dalam nahas di Kilometer 220.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Melaka awal pagi tadi. - Foto Ihsan JBPM Melaka

MELAKA – Seorang pemandu lori cedera parah manakala sembilan penumpang terselamat selepas bas ekspres dinaiki merempuh dua buah lori dalam nahas di Kilometer 220.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, pagi tadi.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba, Tc Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada jam 1.02 pagi sebelum 10 anggota, van EMRS dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

Zulkhairani Ramli

“Sebaik tiba, didapati pemandu lori tujuh tan berusia 23 tahun tersepit ditempat duduk selepas dipercayai dirempuh bas ekspres terbabit dipandu lelaki berusia 64 berusia tahun yang membawa sembilan penumpang namun kesemuanya terselamat.

“Turut terselamat ialah pemandu pemandu treler 14 tan dipandu lelaki 56 tahun yang juga dirempuh bas terbabit ketika ketiga-tiga kenderaan berat itu sedang bergerak di lorong kiri lebuhraya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mangsa pemandu lori yang tersepit cedera parah di kaki kanan dihantar ke Hospital Rembau menaiki van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bomba.

Menurutnya, mangsa pemandu lori yang cedera parah di kaki kanan dikejarkan ke Hospital Rembau menaiki van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bomba dan operasi tamat pada jam 1.58 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast