Syed Ibrahim Syed Ahmad menyantuni peniaga di R&R Temerloh di sini hari ini sempena program Zon Halal

TEMERLOH – Sebanyak 70 gerai makanan di lima kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Pahang memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, jumlah tersebut merupakan 80 peratus daripada jumlah keseluruhan gerai beroperasi di R&R Pahang.
,
“Ini satu pencapaian membanggakan kerana kita mahu pengguna lebuh raya, sama ada Muslim atau bukan, rasa yakin dan selesa dengan tahap kebersihan serta status halal makanan yang disediakan.

“Apabila sijil halal diperoleh, pelanggan lebih yakin dan jualan juga meningkat,” katanya selepas melancarkan Zon Halal R&R Temerloh Arah Barat, di sini, hari ini.

Sehingga kini, sebanyak 612 premis di seluruh negeri Pahang telah  memperoleh sijil halal melibatkan pelbagai sektor termasuk kantin sekolah, dapur hospital, serta pengusaha produk kosmetik dan herba.

Daripada jumlah itu sebanyak 18 sekolah agama di Pahang memperoleh sijil halal dan usaha sedang giat dijalankan untuk memperluaskannya ke sekolah agama rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast