angkap layar video yang tular membabitkan Proton Exora dipandu secara berbahaya di susur masuk persimpangan Taman Megah di Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang.

KLUANG – Polis menahan seorang lelaki kerana semasa memandu cuba keluar dari Taman Megah di sini secara melawan arus dan berbahaya untuk masuk ke jalan menghala Mersing, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menahan suspek yang berusia 51 tahun semalam.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah. Siasatan mendapati kejadian berlaku pukul 4 petang, Isnin lalu di susur masuk persimpangan Taman Megah di Kilometer 57.4 Jalan Batu Pahat-Mersing.

“Kenderaan Proton Exora yang dipandu suspek keluar dari Taman Megah secara melawan arus dan berbahaya untuk masuk ke jalan menghala Mersing.

“Kenderaan suspek hampir melanggar sebuah kereta yang hendak masuk ke laluan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu IPD Kluang semalam mengesan rakaman video kejadian tersebut yang berdurasi 24 saat tular dalam media sosial.

Bahrin memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Jelasnya, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM12,000.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast