Tindakan dua lelaki memasang dan mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik sebelum merakamkan aksi itu mencetuskan kemarahan warganet.

KEPALA BATAS – Polis kini dalam proses merakam keterangan lelaki yang terlibat dalam  kejadian mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik di hadapan sebuah kedai perkakasan di Taman Bertam Permata di sini, seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner, Anuar Abd Rahman berkata, pihak polis sedang dalam proses siasatan awal terhadap kejadian itu selain mengambil rakaman percakapan pengadu dan suspek.

Jelasnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Terdahulu tular rakaman video memaparkan seorang lelaki tempatan mengibarkan bendera secara terbalik manakala seorang lagi lelaki merakamnya.

“Susulan itu, pengadu membuat laporan sebagai makluman pertama. Siasatan kini sedang dijalankan dan kita menyeru kepada orang ramai agar tidak mensensasikan kes berkenaan sehingga mengganggu ketenteraman awam dan pihak yang sedang menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung insiden itu diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Safwan Hashim di talian 04 576 2222 (sambungan 2275) atau tampil ke balai polis berhampiran.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kami ukur batang bendera bukan sengaja pasang terbalik – Chin Tian

Terdahulu media melaporkan pemilik kedai perkakasan di Taman Bertam Permata di sini, menafikan dakwaan sengaja mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik seperti yang tular di media sosial.

Sebaliknya, Pang Chin Tian, 59, mendakwa kejadian itu berlaku ketika proses mengukur panjang batang besi untuk pemasangan bendera berkenaan.

“Ya, kami mengakui kesilapan dan saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dengan apa yang berlaku,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tolong la tangkap sesiapa saja yg pasang bendera terbalik under SOSMA. Soal siasat ntah2 senyap2 ahli parti komunis. Kalau GISB boleh kena tuduh sokong pengganas, takkan puak2 pasang bendera terbalik tak dikira tindakan menyokong pengganas?
    Cekup dan soalsiasat. Periksa rumah, hset.. ada takda sumber2 pengganas komunis kat mereka.

Comments are closed.