KEPALA BATAS – Pemilik sebuah kedai perkakasan di Taman Bertam Permata di sini menafikan dakwaan sengaja mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik seperti tular di media sosial hari ini.
Sebaliknya, Pang Chin Tian, 59, mendakwa kejadian itu berlaku ketika proses mengukur panjang batang besi untuk pemasangan bendera berkenaan.
“Kejadian itu berlaku pagi tadi dan saya tidak menyedari pekerja telah memasang bendera secara terbalik sebelum menaikkan batang besi tersebut.
“Malah pekerja memang diarahkan merakam gambar bagi mendapatkan ukuran panjang besi yang sesuai digunakan.
“Kami memang nak ukur besi itu, tengok berapa panjang dan bendera pun belum diikat lagi. Ketika video dirakam itu hanya percubaan sahaja,” katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di sini hari ini.
Terdahulu, Chin Tian dan pekerjanya hadir ke IPD Seberang Perai Utara bagi memberi keterangan berhubung video tular itu yang mengundang pelbagai reaksi netizen.
ARTIKEL BERKAITAN:
Tular dua lelaki dilihat sengaja kibar Jalur Gemilang terbalik
Tambah beliau, pihaknya telah menjalankan perniagaan di lokasi berkenaan sejak 10 tahun lalu dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan itu selain memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa.
“Ya, kami mengakui kesilapan dan saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dengan apa yang berlaku,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan mendapati beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan UMNO Bahagian Kepala Batas tampil membuat laporan polis termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Jelas Reezal Merican, negara mempunyai undang-undang bagi memelihara maruah dan lambang negara, justeru siasatan dan tindakan sewajarnya perlu dilaksanakan supaya insiden sama tidak berulang.
“Alasan yang diberikan tidak boleh diterima dan tidak masuk akal. Perkara ini tidak boleh dibiarkan tetapi perlu dikenakan tindakan tegas agar tidak terus menjadi polemik,” katanya. – MalaysiaGazette

















Hukum hukum.. asik2 geng ni saja yg dok kibar. Komuniti india, melayu, org asli pun ada OKU dan ada ukur tiang bendera tapi takdak pulak pasang terbalik. Melampau puak ni.
Stuju…..
Boikot jer kedai jangan pegi, biar dia rasakan, niaga kat malaysia tapi buat hal mempermainkan bendera, isu bendera ni adalah sensitif bukan sekadar lambang tapi adalah lambang kebanggaan dan semangat patriotik, kalo kat negara China ni sape mempersedakan atau buat hal bendera China dah kena tembak mati, Malaysia patut buat hukuman Penjara 10 Tahun dan dikategorikan kesalahan jenayah
dah muak dgn alasan, 60+ merdeka, ada lagi saki naki kominis
permohonan maaf tidak dpt diterima, ini berkenaan kedaulatan negara, harus beri hukuman yang setimpal, klau boleh hukuman yang tegas setegasnya agar perkara sama tdk berulang, sy ulang, ini BERKENAAN KEDAULATAN NEGARA, JALUR GEMILANG MEGAH BERKIBAR!
Hmmmmm
Lain kali jangan pasang bendera dulu la nak ukur tiang pun. Memang terang2 nampak sengaja la perbuatan anda. Ambil masa juga nak sarung bendera tu masuk ke tiang. Masakan yg pasang tak perasan bendera terbalik. Memang nak cari pasal geng ni…
tengok muka pun dah tahu keturunan komunis
sengaja buat orang marah
kemudian minta maaf
kemudian buat lagi
komunis dalam senyap
Wey apek…kau nk ukur kau ukur je la kayu tu..apa hal lak nk kena letak bendera…lepas tu siap ambik gbr bagai..ukur la kat bwh apa hal plak nk ukur kat atas…banggang la kau