Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan tidak membuat pengawasan dan pemeliharaan sewajarnya sehingga menyebabkan bayi lelaki yang diasuhnya di sebuah taska, meninggal dunia tiga bulan lalu.
Nor Fatihah Abdul Rahim, 24 tahun, meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pengasuh taska itu didakwa tidak mengadakan persediaaan bagi pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan sehingga menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan sembilan hari.















