Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama jemaah yang hadir selepas menunaikan solat Jumaat ketika di Masjid Putra, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 22 OGOS 2025.

PUTRAJAYA – Seramai 40 cendiakawan Islam dari Indonesia menyerahkan deklarasi sokongan Gagaasan Madani kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya hari ini.

Mereka mewakili peserta program Cendekiawan Malaysia- Indonesia (Malindo MADANI) anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) selain menerima deklarasi Kuala Lumpur Malindo Madani.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Sebelum itu, Anwar bersama jemaah mendengar khutbah Jumaat bertajuk ‘Bangkit Membela Teguh Bersaudara’ disampaikan oleh Imam Besar Masjid Putra, Dr. Muhammad Zakuwa Rodzali.

Isi kuthbah antara lain memaklumkan, rakyat Palestin kini terus dibantai rejim Zionis Israel dengan sokongan kuasa besar yang mengakibatkan ribuan nyawa terkorban, puluhan ribu cedera, manakala rumah dan masjid musnah.

Menurutnya, membantu Palestin adalah tuntutan iman, sama ada melalui harta, doa, diplomasi atau apa sahaja bentuk usaha yang mampu menghentikan kezaliman.

“Buli ialah kezaliman yang merosakkan maruah dan nyawa, wajib dibanteras oleh semua pihak, bermula dengan didikan diri agar tidak menyakiti orang lain,” katanya.

Selesai solat, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah yang hadir sebelum beredar meninggalkan masjid. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast