KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Melaka supaya meminta DAP menghantar surat rasmi kepada UMNO Malaysia untuk memutuskan kerjasama politik.
“Saya pun mahu tunggu sama ada berani atau tidak. Kalau setakat sembang kencing kuat ni, hancing jer dapat,” balas Akmal yang merujuk terhadap gesaan yang dibuat oleh DAPSY Melaka.
Beliau membuat kenyataan itu selepas Ketua DAPSY Melaka, Cassel Krishnan menolak politik kebencian yang didakwa dimainkan Akmal.
Menurut beliau, isu Jalur Gemilang tidak wajar dijadikan modal politik murahan kerana ia hanya menyemai kebencian dalam masyarakat. “Kesilapan kecil rakyat tidak boleh dijadikan alasan untuk menakut-nakutkan mereka daripada mengibarkan…
Secara sinis, Akmal berkata: “Kalau kamu takut saya tag bos kamu kat sini harap dia baca”.
Hantaran itu turut ditanda kepada Setiausaha DAP, Anthony Loke Siew Fook.
Sebelum ini DAPSY Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Selangor juga menggesa kepimpinan DAP memutuskan sebarang bentuk hubungan politik dan tidak bekerjasama dengan Akmal.

















DAP lupa bahawa UMNO/BN menyertai kerajaan perpaduan secara en bloc…putus hubugan d ngan salah satu komponen UMNO, bermakna putus hubungan dgn UMNO..apatah lg Ketua Pemuda dan Pergerakan Pemuda adalah tunggak kekuatan UMNO dlm menarik golongan muda menyokong parti tersebut. DAP dan PH tak cukup kerusi utk tubuhkan kerajaan. Anytime UMNO blh tarik diri, dan kerajaan akan runtuh. Jgn dijolok sarang tebuan..UMNO pernah keluar dari kerajaan PN hingga Muhyidin jatuh terduduk sbg PM..Nasib Anwar mungkin sama dgn Muhyidin kalau DAP berterusan serang Ketua Pemuda UMNO.