Empat penumpang dan seorang pemandu cedera manakala selepas bas ekspres dinaiki merempuh sebuah treler di Kilometer 152.4 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), di Tangkak, Johor, semalam.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, kemalangan membabitkan bas ekspres dipandu lelaki berusia 67 tahun yang membawa 25 penumpang dan sebuah treler dipandu lelaki berusia 36 tahun.















