Sazalee.

BAYAN LEPAS – Guru lelaki yang juga suspek kelar isterinya di sebuah kediaman di Taman Tunas Muda, Sungai Ara di sini semalam, dihantar ke Wad Psikiatri Jalan Perak untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, mengesahkan langkah itu diambil bagi menilai keadaan mental suspek sebelum siasatan lanjut dijalankan.

“Kita akan terus memantau perkembangan dan menjalankan siasatan lanjut,” katanya hari ini.

Terdahulu, Sazalee memaklumkan isteri kepada suspek yang juga seorang guru dibenarkan pulang dari Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini, selepas didapati berada dalam keadaan stabil.

“Pihak polis masih belum mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak bagi menentukan punca sebenar kejadian.

“Kita akan rakam keterangan daripada mangsa berhubung kejadian berlaku dalam tempoh terdekat,” katanya.

Semalam, MalaysiaGazette  melaporkan seorang wanita nyaris maut selepas ditikam suaminya yang juga seorang guru dalam kejadian di sebuah kediaman di Taman Tunas Muda, Sungai Ara di sini.

Kejadian kira-kira jam 6 pagi itu disedari ibu mangsa selepas terdengar jeritan anaknya dari tingkat atas sebelum mendapati menantunya sedang menindih mangsa sambil cuba mengelar leher isterinya. – MalaysiaGazette

Guru cuba bunuh isteri sebelum kelar diri sendiri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast