WASHINGTON – Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah disekat daripada menghadiri sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) di New York bulan depan selepas beliau dan 80 pegawai Palestin yang lain dibatalkan visa mereka dan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengesahkan.
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio menyalahkan mereka kerana menjejaskan usaha damai dan untuk mendapatkan “pengiktirafan unilateral negara Palestin”.
Keputusan itu, yang disambut baik oleh Israel sambil menyifatkan ia adalah luar biasa kerana AS biasanya memudahkan perjalanan bagi pegawai semua negara yang ingin melawat ibu pejabat PBB.
Larangan itu dibuat ketika Perancis mengetuai usaha antarabangsa untuk mengiktiraf negara Palestin pada sesi itu – satu tindakan yang ditentang oleh pentadbiran Donald Trump.
Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour, sebelum ini berkata, sebagai ketua delegasinya, Abbas akan menghadiri mesyuarat ketua negara dan kerajaan di New York.
Tetapi seorang pegawai Jabatan Negara kemudian berkata, Abbas dan kira-kira 80 rakyat Palestin yang lain akan terjejas dengan keputusan menafi dan membatalkan visa daripada anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Pihak Berkuasa Palestin (PA).
Rubio berkata, wakil Palestin di misi PBB di New York boleh menghadiri mesyuarat itu mengikut Perjanjian Ibu Pejabat PBB – dokumen yang mengawal selia isu mengenai operasi PBB di AS.
Walau bagaimanapun, tidak jelas jika tindakan AS untuk menafi atau membatalkan visa mematuhi dokumen itu, yang menggariskan kehadiran pegawai asing di New York tidak akan dihalang oleh AS, “tanpa mengira hubungan” antara kerajaan masing-masing dan AS.
Pejabat Abbas berkata, beliau terkejut dengan keputusan visa itu, yang jelas “bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan Perjanjian Ibu Pejabat PBB, terutamanya kerana negara Palestin adalah anggota pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”.
Suulan itu, belau menggesa AS untuk menarik balik langkah itu.
Menteri Luar Israel Gideon Saar mengalu-alukan keputusan Jabatan Negara itu.
Hamas telah mengendalikan Semenanjung Gaza selama bertahun-tahun, dengan pesaingnya Fatah bertanggungjawab di Tebing Barat.
Kedua-duanya sepatutnya ditadbir oleh PA di Bawah pimpinan Abbas.
Abbas juga bertanggungjawab ke atas PLO – pertubuhan payung yang mewakili rakyat Palestin di forum antarabangsa. PLO mempunyai status pemerhati di PBB sejak 1974.
Ia boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat tetapi tidak mengundi resolusi.
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sentiasa menolak idea penyelesaian dua negara – formula antarabangsa sejak sekian lama untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin yang sudah berdekad lamanya.
Beliau membayangkan sebuah negara Palestin merdeka diwujudkan bersama Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.
Netanyahu berkata, pengiktirafan negara Palestin akan memberi ganjaran kepada “keganasan besar Hamas”.
Tentera Israel melancarkan kempen di Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan yang diketuai Hamas ke atas Israel selatan pada 7 Oktober 2023, mengorbankan kira-kira 1,200 orang dan 251 yang lain telah dijadikan tebusan.
Lebih 63,000 orang telah terbunuh di Gaza sejak itu, menurut kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas. – Agensi

















Pindahkan pejabat UN keluar dari Amerika Syarikat