BATU PAHAT – Seorang guru memandu kerugian RM563,560 selepas terpedaya dalam pelaburan tidak wujud yang mengumpan dengan keuntungan tinggi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa iaitu lelaki warga tempatan berumur 73 tahun memberitahu semuanya bermula pada 2 April lalu.
“Mangsa melihat tertarik dengan iklan pelaburan dal Facebook yang menawarkan kadar pulangan keuntungan yang tinggi.
“Dia kemudiannya telah berurusan dengan suspek seorang individu yang tidak dikenali melalui aplikasi Whatsapp.
“Mangsa telah menawarkan mangsa untuk menyertai pelaburan memandangkan pelaburan tersebut berpeluang memperoleh keuntungan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, tertarik dengan tawaran tersebut mangsa kemudian membuat pelaburan dengan pembayaran dibuat ke dalam lima akaun yang berbeza secara berperingkat-peringkat berjumlah RM563,560 dari 3 Jun hingga 24 Julai lalu.
Mangsa ujarnya, kemudian ingin membuat urusan pengeluaran wang setelah mendapati keuntungan yang diterima hasil pelaburan dal aplikasi pelaburan tersebut telah mencecah RM1,770,017.79.
Namun katanya, mangsa diminta membuat pembayaran tambahan jika ingin mendapatkan wang keuntungan hasil pelaburan tetapi tidak lagi membuat sebarang pembayaran seperti yang diminta.
Mangsa juga tidak mendapat pulangan wang sepertimana yang telah dijanjikan dan sedar telah ditipu dan jumlah keseluruhan kerugian adalah RM563,560, katanya.
Susulan itu katanya, warga emas berkenaan membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Batu Pahat semalam mendakwa ditipu.
Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan promosi pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.
“Orang ramai juga boleh layari laman sosial Facebook @jsjkpdrm dan @cybercrimealertrmp bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan jenayah komersil,” tambahnya. – MalaysiaGazette
















