Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Perkampungan Ihsan Al-Sultan Abdullah (Al-Sultan Abdullah Village of Hope) di Pekan hari ini

PEKAN –Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Perkampungan Ihsan Al-Sultan Abdullah (Al-Sultan Abdullah Village of Hope) di sini hari ini.

Baginda berkenan menerima persembahan taklimat yang disampaikan sendiri oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selaku Pengasas dan Pengerusi Yayasan Tenun Pahang Diraja.

”Tapak Perkampungan Ihsan Al-Sultan Abdullah berkeluasan 3.88 hektar bersamaan 9.6 ekar yang terletak berhadapan Serambi Pekan ini bakal menjadi tempat untuk prospek mahir menenun yang berminat untuk meneruskan kemahiran mereka selepas tamat menjalani hukuman di penjara.

”Lebih menarik, perkampungan ini turut akan dibangunkan dengan penempatan bagi golongan itu selain pavilion, dewan, rumah niaga, pusat kraf, rumah kebun, kafe dan restoran,” titahnya.

Majlis pecah tanah turut diserikan dengan keberangkatan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah

Turut mengiringi Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah serta isteri Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan, Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast