David Balisong.

KUALA LUMPUR – Penemuan David Balisong, 17, remaja Britain di Jalan Pudu semalam, selepas dilaporkan hilang selepas dikesan memasuki negara ini sejak 7 Jun  lalu adalah hasil maklumat Uncle Kentang.

“Remaja itu ditemui selamat di sebuah hotel di Jalan Pudu hasil maklumat seorang lelaki Cina dikenali sebagai Uncle Kentang,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fadil, remaja itu tiba di Malaysia pada 6 Jun 2025 sebelum dilaporkan hilang sehari kemudian.

Beliau berkata, polis kini sedang mendapatkan keterangan lanjut daripada remaja terbabit bagi melengkapkan siasatan.

Malam tadi media melaporkan David yang hilang sejak tiga bulan lepas ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah hotel di Jalan Pudu, di sini.

Penuntut Sains Komputer di Universiti Manchesteritu meninggalkan rumah pada awal pagi 6 Jun dan menaiki penerbangan seorang diri dari Manchester ke Kuala Lumpur.

Dia kemudian mematikan telefon sejurus tiba di Malaysia dan dilaporkan telah menghantar emel kepada ibunya buat kali terakhir pada 9 Julai lepas.

Dalam emel tersebut, David berpesan supaya ahli keluarga tidak mencari atau bimbang akan keadaan dirinya.

Remaja berkenaan turut mendoakan agar mereka berjaya dalam kehidupan serta memohon maaf atas tindakannya itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast