KUALA LUMPUR – Batalion 9 Pasukan Gerak Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan beras apabila melihat beberapa lelaki sedang memunggah guni-guni putih masuk ke belakang treler di Kampung Lawang, Batu Gajah, Tanah Merah pada jam 3.30 pagi 3 September lalu.
Ketika itu, PGA semasa melakukan rondaan dalam Op Taring Wawasan.
Menurutnya, semua suspek melarikan diri ke kawasan semak setelah menyedari kehadiran pihak polis namun pemandu dan penumpang tidak sempat melarikan diri.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 36,000 kilogram beras putih di temui belakang treler dan disyaki diseludup dari Thailand dan dipercayai untuk dijual ke pasaran tempatan,” menurut PGA dalam kenyataan.
Pemandu dan penumpang lelaki tempatan berusia 53 dan 19 tahun ditahan.
Katanya, nggaran rampasan keseluruhan bernilai RM144,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994. – MalaysiaGazette
















