Seorang pemandu jengkaut dipercayai tertimbus selepas jentera berat dikendalinya dihempap runtuhan batu di sebuah kuari di Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub, Pahang, semalam.
Usaha mencari mangsa dikenali sebagai Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30 tahun, beralamat dari Tanah Merah, Kelantan sedang giat dijalankan.















