YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang sebelum berlepas ke Doha, Qatar untuk menyertai Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam. 14 September 2025. IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the vide

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Doha, Qatar bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang akan berlangsung esok.

Beliau menerusi Facebook memberi jaminan akan menzahirkan solidariti Malaysia terhadap Qatar yang menjadi mangsa serangan zionis Israel baru-baru ini.

“Serangan terhadap Qatar ini jelas membuktikan bahawa kezaliman Zionis tidak terbatas.

“Ia bukan sahaja menindas rakyat Palestin sejak puluhan tahun, malah kini mengancam kedaulatan negara-negara Arab dan Islam seluruhnya.

“Jika Qatar boleh diserang, maka tiada negara yang benar-benar selamat daripada ancaman mereka,” katanya yang memaklumkan bakal menyuarakan solidariti menerusi kenyataan negara, esok di Doha.

Tambah beliau, Malaysia bukan sahaja berdiri teguh dengan Qatar dan Palestin malah dengan seluruh dunia yang memperjuangkan keamanan dan keadilan.

Bahkan menurut Anwar, sudah tiba masanya dunia Arab-Islam dan masyarakat antarabangsa bersatu mempertahankan maruah dan menghentikan keganasan sekaligus menjamin keselamatan sejagat.

“Saya juga akan tegaskan sekali lagi, Malaysia tidak akan tunduk, tidak akan goyah, dan berdiam diri selagi penindasan ini berterusan.

“Malaysia tetap berdiri bersama rakyat Palestin yang dizalimi,” tambahnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast